..................................'SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMMAH'...................
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Isnin, 30 Januari 2012
Mohon maaf
Salam, lama benar rasanya tak update... mohon maaf kepada pengunjung sekelian.. password lupo... lain kali tak buek laie yo... sorry
Isnin, 22 Ogos 2011
Sambutan Khatam AlQuran, Penyerahan sumbangan dan Majlis berbuka puasa
Alhamdulilllah syukran diatas kejayaan melaksanakan program yg telah di rancang dgn jayanya... terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.... terim kasih juga kepada semua yg terlibat dan juga penyumbang-penyumbng yg sudi menderma... terima kasih daun keladi.....
Jumaat, 19 Ogos 2011
KULIAH SUBUH
PAGI NANTI ada kuliah subuh yg akan disampaikan oleh ust Shahrizat..... jemput semua datang... esok juga dikawasan kita... di surau Alamanda ada ust Norazman (bekas imam Masjid Ampangan).. di surau pinggiran senawang ada Ust KHusairi... di Surau Al-Amin tmn Chempaka 2 ada kuliah subuh daripada Ust Hambali bacaan kitab bhahrul mazi.... pg nanti juga ada Qiamulai diMasjid Taman Tuanku Jaafar mulai kul 4.... mana 1 nak pegi nie ek... semua nyer menarik.....
Selasa, 16 Ogos 2011
MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 21 OGOS 2011 (AHAD)
Masa : Selepas Solat Asar
Tempat : SURAU AN-NUR, Taman Kemuning
03. Aturcara majlis :-
5.00 ptg - Ketibaan para peserta dan jemputan
5.15 ptg - Majlis bermula
- Berbuka puasa
- Solat Maghrib berjamaah
- Jamuan
- Solat Isyak & Solat Tarawih berjamaah
- Bersurai
04. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’
Isnin, 1 Ogos 2011
Bubur Lambuk istimewa
Alhamdulillah, Syukran... hari ini kat surau sedang masak bubur lambuk... istimewa katanya... sempena hari pertama Ramadhan... kejap lagi akan diagihkan kepada warga Taman Kemuning... kepada sesiapa yg terbaca post nie bolehlaa ke surau ambil sendiri... bubur lambuk nie terhad, rasanya klau diagihkan pun tidak semua yg akan dapat... Tahniah kepada semua yg berjaya menjalnkan ibadat puasa untuk hri ini... khasny kepada kanak2 yang baru belajar berpuasa......
Ahad, 31 Julai 2011
Kepada : Tarikh : 31 JULAI 2011
Penduduk
Taman Kemuning
Tuan,
PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN DI SURAU AN-NUR.
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Surau AN-Nur, Taman Kemuning telah bermesyuarat pada 13 Julai 2011 yang lepas. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan dan memutuskan beberapa perkara terutamanya yang berkiatan dengan perancangan sempena kedatangan bulan Ramadhan. Antara program tersebut adalah :-
2.1 Solat Terawih sepanjang Ramadhan
2.2 Tadarus Al-Quran (Selepas Solat Tarawih)
2.3 Tahlil selepas solat Tarawih (bergantung pada permintaan)
2.4 Kuliah Subuh setiap Sabtu (selepas sembahyang Subuh – Ustaz Shahrizan)
2.5 Bubur Lambuk (Setiap hari Rabu dan Sabtu) Pengagihan bubur lambuk selepas solat Asar.
Dialu-alukan untuk mengambil sendiri bubur lambuk di surau An-Nur Taman Kemuning.
2.6 Khatam Al-Quran (Tarikh akan dimaklumkan)
2.7 Berbuka disurau dan Moreh selepas Solat Tarawih (Setiap hari) Warga Taman
Kemuning yang berminat untuk memberikan sumbangan juadah berbuka dan moreh amatlah
dialu-alukan.
2.8 Kepada Warga Taman Kemuning yang ingin membayar zakat fitrah bolehlah berurusan dengan
Pengerusi Surau An-Nur, En Mohd Rafid b Mohd Shariff
(No. 61, Jln Kemuning 2, Taman Kemuning. 013-3678079)
03. Oleh yang demikian, Pihak Surau mengalu-alukan tuan/puan untuk memberikan sumbangan bagi menampung segala perbelanjaan bagi menjalankan program-program di atas. Sumbangan bolehlah dihulurkan melalui
3.1 AJK Surau An-Nur
3.2 Tabung Surau, di dalam Surau An-Nur
3.3 ‘Bank in’ ke akaun RHB 25504700003100 Surau Taman Kemuning
04. Sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang bahan mentah untuk membuat bubur lambuk, bolehlah menyerahkan terus kepada AJK Surau yang telah ditetapkan iaitu :
4.1. En Abu Samah (No. 148, Jln Kemuning 4)( 017-6738700)
4.2. Pn Nurul Aishah Jaafar (No. 291, Jln Kemuning 10) (019-3535026)
05. Kehadiran tuan/puan sangat diharapkan agar dapat sama-sama menjayakan semua program-program yang telah dirancang. Sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
Setiausaha,
Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.
BORANG PERMOHONAN TAHLIL ARWAH BULAN RAMADHAN
Nama :..........................…………….
Alamat:.............................................
No. Tel:…………………………….
Kepada:
Ahli Jawatankuasa
Surau An-Nur, Taman Kemuning
DERMA/SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA/MOREH DAN TAHLIL ARWAH RAMADHAN
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini saya kepilkan *Cek/Wang Tunai sebanyak RM..................(No. Cek:................................), sebagai derma/sumbangan Majlis Berbuka Puasa/Moreh/Tahlil Arwah.
Nama-nama arwah adalah seperti berikut
| | |
| ALLAHYARHAM / ALLAHYARHAMAH 1. ____________________________________________________________ | |
| 2. ____________________________________________________________ | |
| 3. ____________________________________________________________ | |
| 4. ____________________________________________________________ | |
| 5. ____________________________________________________________ | |
Saya izinkan lebihan wang derma saya untuk kegunaan Surau.
Yang Ikhlas,
Tarikh:................................................. T/Tangan Pemohon:............................................................
_________________________________________________________________________
NOTA:
1. * Cek hendaklah di tulis atas nama “SURAU TAMAN KEMUNING”
2. Sila potong mana yang tidak berkenaan.
3. Sila kembalikan borang yang telah diisi berserta derma/sumbangan kepada AJK Surau atau masukkan borang ke dalam
peti besi Surau.
4. Untuk maklumat lanjut sila hubungi layari laman web: http://surauannurtamankemuning.blogspot.com
Rabu, 27 Julai 2011
PROGRAM-PROGRAM SURAU AN-NUR SEMPENA BULAN RAMADHAN
Antara program surau yg akan diadakan ialah :-
1. Mantai puasa 2 ekor Lembu (sabtu 30 Julai 2011)
2. Solat Terawih sepanjang Ramadhan (Tindakan : Tn Imam
3. Tahlil selepas solat Tarawih (bergantung pada permintaan)(Tindakan : Tn Imam)
4. Tazkirah sebelum Solat Tarawih (Tindakan : En. Azizan)
5. Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan (Selepas Solat Tarawih)
6. Kuliah Subuh setiap Ahad (Tindakan : Tn Imam)
7. Bubur Lambuk ( Seminggu 2 kali (hari belum ditetapkan) (Tindakan : En Abu Samah)
'BERSAMA-SAMALAH MENJAYAKAN PROGRAM SURAU'

MANTAI PUASA 2011
'MEMBELI SAMBIL BERAMAL'
MANTAI !!! MANTAI !!! MANTAI !!!
Sukacitanya dimaklumkan Surau AN-NUR, TMN KEMUNING akan mengadakan MANTAI PUASA bertempat di depan Paman Corner.. SABTU bersamaan 30 JULAI 2011... 7.00 pg hingga 5.00 ptg..
Tempahan dibuka
sila hubungi
EN MOHD RAFID B MOHD SHARIFF 013-3678079
TN HJ OMAR B SUPARDI 012-3472907
EN DAUD B MASTOR 013-3849969

Sabtu, 2 Julai 2011
Majlis sambutan Israk Mikraj
Alhamdulillaah syuran kehadiran jemaah diluar jangkaan... penuh surau An-Nur sampai ada yg terpaksa sembahyang Isyak di luar surau.... kehadiran ini cukup membanggakan.. dan tahniah kepada AJK kerja sambutan Israk Mikraj yag berjaya dari semua segi penganjuran... pemilihan penceramah juga cukup bijak... utk makluman Ust Hambali ini telah ditempah sejak 2 bln yg lalu... kalau lambat melepaslaa... jadual ust Hambali penuh.... tidak percaya??... sila layari blog beliau... http://al-alorstari.blogspot.com/ .... makanan yg disediakan juga mencukupi. Kuih muih adalah sumbangan penduduk... byk juga...
cuma ada komen mengenai ketidakselesaan dan kepanasan kerana pendingin udara yg ada, tidak cukup kuat untuk menyejukkan para hadirin... nampaknya AJK surau kena berusaha lebih sikit untuk mencari dana bagi menambah bilangan pendingin udara.. tp KALAU ADA WARGA KEMUNING YANG INGIN MENYUMBANG... ALLAHAMDULILLAH...
Di sini saya mewakili ajk Surau An-Nur mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU PUN TIDAK....

Rabu, 22 Jun 2011
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Kepada :
Penduduk
Taman Kemuning
Tuan,
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 2 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam
Tempat : SURAU AN-NUR, Tmn Kemuning
Penceramah : Ust Hambali bin Saad
03. Aturcara majlis :-
7.00 malam - Ketibaan para jemaah
- Solat Maghrib berjamaah
- Ceramah
- Solat Isyak berjamaah
- Jamuan
- Bersurai
04. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’
Yang benar,
…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
Setiausaha,
Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.
Selasa, 14 Jun 2011
Majlis Bacaan Yassin
Malam Jumaat nie.. Majlis Bacaan Yassin.. jemputlaaa datang... inssyaallah ada jamuan sikit lepas majlis.....
Rabu, 23 Februari 2011
laporn ringks Sambutan Maulidur Rasul...
Alhamdulillah dpt juga sy menulis sedikit laporn ttg smbutan Maulidur Rasul ini... agak sibuk juga keblkgn ini.... berbalik kpd majlis tersebut yg tlh brjaya dilaksanakan dgn cukup baik... kehadiran jemaah adalah sekitar 180- 200 org... sejarh trcipta... semasa sembahyang Isyak surau penuh sehinggakan ada yg tidak dpt bersembahyang berjemaah bersama.. Majlis bermula sejak pg... sebahagian warga Taman Kemuning telah menghadirkn diri utk bergotong royong membersihkan surau dan mula memasak juadah untuk menu mlm nanti... Kehadiran jemaah untuk bersolat Maghrib amt menggalakkan... slps solat maghrib majlis dimulakan oleh juruacara iaitu En Awang Zamri... dgn menjemput adik Mohammad utk membacakan ayat2 Al-Quran.... Slps itu ucapan drpd pengerusi Surau An-Nur yg mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan drpd semua pihak... slps itu ucapan ringkas YB... dan akhirnya ceramah dimulakan oleh ust Mohd A'lim b Ismail guru daripada SMK Panchor.. menarik juga ceramh yg disampaikan.... byk ilmu yg ingin dikongsi oleh beliau...
Rabu, 16 Februari 2011
Isnin, 14 Februari 2011
SAmbutan Maulidur Rasul
Alhamdulillah.. dah selesai dah pencarian penceramah.... Ust Mohd A'lim bin Ismail.... ustaz dari SMK Panchur.. .moga mendapat sambutan daripada warga kemuning..... pihak surau juga menyediakan 2 khemah utk persiapan kehadiran jemaah... Pihak AJK sangat berharap agar warga taman ini dpt bersama-sama dlm menjayakan majlis ini.seperkara lg.. majlis sambutan ini juga mendapat sokongn daripada Rukun Tetangga Tmn Kemuning... mereka tlh bersetuju utk bersama membiayai perbelanjaan majlis sambutan ini. timo kasih daun keladi yo pengerusi RT serta ajknya.....
Ahad, 13 Februari 2011
Sambutan Maulidur Rasul
Surau akan mengadakan Majlis sambutan Malidur Rasul... pada 19hb nie iaitu hari sabtu nie... tp skrg nie tgh proses mendapatkan penceramah... setakat smlm... puas dah AJK mencari penceramh.. abih semuo eh dah kono tompah... ishhh ishhh... insyaallah Isnin kluarlaaa surat.... untuk jemput semua warga kemuning...
Selasa, 8 Februari 2011
Kuliah Agama
Warga Taman Kemuning dijemput menghadiri kuliah maghrib yg akan disampaikan oleh Utz Sharizan malam ini... moh reramai kito memeriahkannyaa...
Kecurian tabung surau..
Berita yg agak menggemparkan... smlm berlaku kecurian duit tabung surau... pada waktu pg.. menurut pengerusi surau, slps subuh pintu tdk dkunci.. untuk kegunaan kelas wanita... sepatutnya slps kelas trsebut, surau dikunci semula.. tp mungkin terlupa agaknya.. tidak pasti pula berapa byk wang yg ada di dalam tbung tersebut... ish ish.. ish...
Jumaat, 28 Januari 2011
Laporan Mesyuarat AJK Surau kali ke-6
1. Atas nasihat Jabatan Agama Islam berkaitan jawatan pemangku pengerusi dan bendahari, majlis bersetuju melantik En Rafid dan En Sojahan menjadi pengerusi dan bendahari tetap.. Ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan kewangan khasnya melibatkan akaun di bank RHB.
2. Tn Hj Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi yang baru.
3. KUrsus Jenazah akan dilaksanakan cadangan tarikh pada 12 Mac 2011. Pengarah program adalah Tn Hj Omar dan dibantu oleh Ustazah Nurul Aisyah..
4. SAmbutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 19.2.2011. Penceramah akan diuruskan oleh En Ahmad Kamal.
5. Pembinaan pagar disekeliling surau perlu disegerakan, bagi membasmi perbuatan seperti penggunaan tandas surau oleh bangsa asing selepas bermain bola dan ada pelajar menjadikan srau tempat lepak/ponteng.
6. Mewujudkan mini perpustakaan. Mohon Sumbangan buku daripada semua pihak yang berminat termasuk warga Tmn Kemuning.

Rabu, 26 Januari 2011
Taman Anjing Liar di Senawang,
Taman Anjing Liar di Senawang, PERCUMA, Jom Ziarah
Posted on Wednesday, January 26 @ 03:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"
Banyak betul anjing-anjing liar sekarang ini. Siapa nak tengok anjing-anjing liar dengan anak-anak anjing yang comel-comel bolehlah datang ke Padang Permainan Taman Alamanda, Senawang waktu petang hingga subuh setiap hari. PERCUMA, tanpa sebarang bayaran. Tapi AWAS, anjing-anjing ini anjing liar. Menurut cerita, beberapa penduduk dan kanak-kanak telah dikejar anjing ini, tapi belum ada yang cedera atau meninggal dunia setakat ini.
Pengerusi Taman telah pun membuat aduan secara online sebulan yang lalu, tetapi belum ada tindakan pihak berkuasa dan semakin banyak pula anjing-anjing ini melepak di padang tersebut.
Apa yang merisaukan ibu bapa ialah taman tersebut ialah tempat permainan anak-anak mereka terletak berhampiran dengan KAFA dan surau tempat anak-anak mereka mengaji.
Tak tahulah jabatan mana atau kementerian mana yang patut ambil tindakan. Mungkin Malaysia belum cukup peralatan dan kakitangan untuk menangkap anjing agaknya, yang ada hanya senapang patah.
Entahlah, mungkin semua pihak tunggu ada yang menjadi mangsa anjing-anjing liar ini baru nak ambil tindakan.
Gambar-gambar anjing liar sedang melepak di Taman Alamanda, Senawang dan laporan Pengerusi Taman di waghih.blogspot.com"
Patutlaaa 2,3 menjak nie... setiap mlm bawa ke pagi asyik dgr anjing menyalak je... Perkara ini tidak boleh dibiarkan alamanda dgn Tmn kemuning bukannya jauh puun..
Posted on Wednesday, January 26 @ 03:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: rozmal
"
Banyak betul anjing-anjing liar sekarang ini. Siapa nak tengok anjing-anjing liar dengan anak-anak anjing yang comel-comel bolehlah datang ke Padang Permainan Taman Alamanda, Senawang waktu petang hingga subuh setiap hari. PERCUMA, tanpa sebarang bayaran. Tapi AWAS, anjing-anjing ini anjing liar. Menurut cerita, beberapa penduduk dan kanak-kanak telah dikejar anjing ini, tapi belum ada yang cedera atau meninggal dunia setakat ini.Pengerusi Taman telah pun membuat aduan secara online sebulan yang lalu, tetapi belum ada tindakan pihak berkuasa dan semakin banyak pula anjing-anjing ini melepak di padang tersebut.
Apa yang merisaukan ibu bapa ialah taman tersebut ialah tempat permainan anak-anak mereka terletak berhampiran dengan KAFA dan surau tempat anak-anak mereka mengaji.
Tak tahulah jabatan mana atau kementerian mana yang patut ambil tindakan. Mungkin Malaysia belum cukup peralatan dan kakitangan untuk menangkap anjing agaknya, yang ada hanya senapang patah.
Entahlah, mungkin semua pihak tunggu ada yang menjadi mangsa anjing-anjing liar ini baru nak ambil tindakan.
Gambar-gambar anjing liar sedang melepak di Taman Alamanda, Senawang dan laporan Pengerusi Taman di waghih.blogspot.com"
Patutlaaa 2,3 menjak nie... setiap mlm bawa ke pagi asyik dgr anjing menyalak je... Perkara ini tidak boleh dibiarkan alamanda dgn Tmn kemuning bukannya jauh puun..
Isnin, 24 Januari 2011
Membudayakan Al-Quran
Tahniah kpd imam kita.. En Daud yg tlh memulakan satu lagi program meng'imarahkan surau dgn melaksanakan program membudayakan Al-Quran. Semalam lepas magrib hujan turun agak kasar juga di Senawang nie.. Dh hujan... ape nak buat.. takkan nak duduk borak kosong je... tergeraklah beberapa jemaah mengambil kitab Al-Quran untuk dibaca... dan akhirnya Tn Imam mengajak bersamanya untuk membaca Al-Quran sambil Tn Imam membaca tafsirnya... agak menarik juga... Setidak-tidaknya boleh juga mmperbaiki bacaan dan cuba memahami Al-Quran... moga program ini menjadi satu lg daya tarikkan kpd warga Tmn Kemuning untuk mengimarahkan surau... Tahniah Tn Imam...
Langgan:
Catatan (Atom)