Rabu, 14 September 2011

MAJLIS QURBAN SEMPENA AIDILADHA SURAU AN-NUR, TAMAN KEMUNING.


Perkara di atas adalah dirujuk.
02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau An-Nur akan menganjurkan Majlis Qurban sempena Hari Raya AidilAdha pada 6 November 2011.
 03.      Jawatankuasa Surau dengan berbesar hati ingin menjemput warga Taman Kemuning mengambil bahagian di dalam acara Qurban tersebut. Pihak jawatakuasa surau telah bersetuju menentukan 1 bahagian bersamaan RM 350.00. Kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada ajk surau yang telah dilantik.
Bil
Nama
Alamat
No. Telefon
1
En Mohd Rafid b M Shariff
No.61, Jln Kemuning 2
013-3678079
2
Tn. Hj. Omar b Supardi
No. 94, Jln Kemuning 2
012-3472907
3
En. Abu Samah
No.148, Jln Kemuning 5
017-6738700
4
En. Zolhairi bin Abdullah
No.107 Jln Kemuning 2
013-6836219

04.       Borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta dengan wang tunai perlulah diserahkan kembali kepada ajk surau yang telah dilantik sebelum 31 Oktober 2011.

05.       Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

 ‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’

Isnin, 22 Ogos 2011

Sambutan Khatam AlQuran, Penyerahan sumbangan dan Majlis berbuka puasa













Alhamdulilllah syukran diatas kejayaan melaksanakan program yg telah di rancang dgn jayanya... terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.... terim kasih juga kepada semua yg terlibat dan juga penyumbang-penyumbng yg sudi menderma... terima kasih daun keladi.....

Jumaat, 19 Ogos 2011

KULIAH SUBUH

PAGI NANTI  ada kuliah subuh yg akan disampaikan oleh ust Shahrizat..... jemput semua datang... esok juga dikawasan kita... di surau Alamanda ada ust Norazman (bekas imam Masjid Ampangan).. di surau pinggiran senawang ada Ust KHusairi... di Surau Al-Amin tmn Chempaka 2 ada kuliah subuh daripada Ust Hambali bacaan kitab bhahrul mazi.... pg nanti juga ada Qiamulai diMasjid Taman Tuanku Jaafar mulai kul 4....  mana 1 nak pegi nie ek... semua nyer menarik.....

Selasa, 16 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2011


Perkara di atas adalah dirujuk.

02.    Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
                     Tarikh              : 21 OGOS 2011 (AHAD)
Masa                : Selepas Solat Asar
Tempat            : SURAU AN-NUR, Taman Kemuning                      

03.    Aturcara majlis :-
5.00 ptg           -           Ketibaan para peserta dan jemputan
                     5.15 ptg           -           Majlis bermula
                                             -           Berbuka puasa
                                             -           Solat Maghrib berjamaah
                                             -           Jamuan
                                             -           Solat Isyak & Solat Tarawih berjamaah
                                             -           Bersurai

04.    Sehubungan dengan itu  tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.


 ‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’


Isnin, 1 Ogos 2011

Bubur Lambuk istimewa

Alhamdulillah, Syukran... hari ini kat surau sedang masak bubur lambuk... istimewa katanya... sempena hari pertama Ramadhan... kejap lagi akan diagihkan kepada warga Taman Kemuning... kepada sesiapa yg terbaca post nie bolehlaa ke surau ambil sendiri... bubur lambuk nie terhad, rasanya klau diagihkan pun tidak semua yg akan dapat... Tahniah kepada semua yg berjaya menjalnkan ibadat puasa untuk hri ini... khasny kepada kanak2 yang baru belajar berpuasa......

Ahad, 31 Julai 2011


                                                                         
Kepada :                                                 Tarikh  :         31 JULAI 2011
Penduduk
Taman Kemuning

Tuan,

PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN DI SURAU AN-NUR.

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Surau AN-Nur, Taman Kemuning telah bermesyuarat pada 13 Julai 2011 yang lepas. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan dan memutuskan beberapa perkara terutamanya yang berkiatan dengan perancangan sempena kedatangan bulan Ramadhan. Antara program tersebut adalah :-

    2.1 Solat Terawih sepanjang Ramadhan    
    2.2 Tadarus Al-Quran (Selepas Solat Tarawih)
    2.3 Tahlil selepas solat Tarawih (bergantung pada permintaan)
    2.4 Kuliah Subuh setiap Sabtu (selepas sembahyang Subuh – Ustaz Shahrizan)
    2.5 Bubur Lambuk (Setiap hari Rabu dan Sabtu) Pengagihan bubur lambuk selepas solat Asar.  
          Dialu-alukan untuk mengambil sendiri bubur lambuk di surau An-Nur Taman Kemuning.
    2.6 Khatam Al-Quran (Tarikh akan dimaklumkan)
    2.7 Berbuka disurau dan Moreh selepas Solat Tarawih (Setiap hari) Warga Taman     
         Kemuning yang berminat untuk memberikan sumbangan juadah berbuka dan moreh amatlah     
         dialu-alukan.
    2.8 Kepada Warga Taman Kemuning yang ingin membayar zakat fitrah bolehlah berurusan dengan     
          Pengerusi Surau An-Nur, En Mohd Rafid b Mohd Shariff    
          (No. 61, Jln Kemuning 2, Taman Kemuning. 013-3678079)
           
03.              Oleh yang demikian, Pihak Surau mengalu-alukan tuan/puan untuk memberikan sumbangan bagi menampung segala perbelanjaan bagi menjalankan program-program di atas. Sumbangan bolehlah dihulurkan melalui
3.1  AJK Surau An-Nur
3.2  Tabung Surau, di dalam Surau An-Nur
3.3  ‘Bank in’ ke akaun RHB 25504700003100 Surau Taman Kemuning

04.       Sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang bahan mentah untuk membuat bubur lambuk, bolehlah menyerahkan terus kepada AJK Surau yang telah ditetapkan iaitu :

4.1. En Abu Samah (No. 148, Jln Kemuning 4)( 017-6738700)
4.2. Pn Nurul Aishah Jaafar (No. 291, Jln Kemuning 10) (019-3535026)
           
05.       Kehadiran tuan/puan sangat diharapkan agar dapat sama-sama menjayakan semua program-program yang telah dirancang. Sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
  Setiausaha,
  Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.

BORANG PERMOHONAN TAHLIL ARWAH BULAN RAMADHAN

Nama :..........................…………….
Alamat:.............................................
No. Tel:…………………………….

Kepada:
Ahli Jawatankuasa
Surau An-Nur, Taman Kemuning

DERMA/SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA/MOREH DAN TAHLIL ARWAH RAMADHAN

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini saya kepilkan *Cek/Wang Tunai sebanyak RM..................(No. Cek:................................), sebagai derma/sumbangan Majlis Berbuka Puasa/Moreh/Tahlil Arwah.
Nama-nama arwah adalah seperti berikut

                                 

                 ALLAHYARHAM / ALLAHYARHAMAH

1. ____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________

Saya izinkan lebihan wang derma saya untuk kegunaan Surau.

Yang Ikhlas,

Tarikh:................................................. T/Tangan Pemohon:............................................................
_________________________________________________________________________
NOTA:
1. * Cek hendaklah di tulis atas nama “SURAU TAMAN KEMUNING
2.    Sila potong mana yang tidak berkenaan.
3. Sila kembalikan borang yang telah diisi berserta derma/sumbangan kepada AJK Surau atau masukkan borang ke dalam    
     peti besi Surau.
4. Untuk maklumat lanjut sila hubungi layari laman web: http://surauannurtamankemuning.blogspot.com

Rabu, 27 Julai 2011

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan


Kewajipan Berpuasa
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Keutamaan Ramadhan
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

PROGRAM-PROGRAM SURAU AN-NUR SEMPENA BULAN RAMADHAN

Antara program surau yg akan diadakan ialah :-

1. Mantai puasa 2 ekor Lembu (sabtu 30 Julai 2011)
2. Solat Terawih sepanjang Ramadhan (Tindakan : Tn Imam
3. Tahlil selepas solat Tarawih (bergantung pada permintaan)(Tindakan : Tn Imam)
4. Tazkirah sebelum Solat Tarawih (Tindakan : En. Azizan)
5. Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan (Selepas Solat Tarawih)
6. Kuliah Subuh setiap Ahad (Tindakan : Tn Imam)
7. Bubur Lambuk ( Seminggu 2 kali (hari belum ditetapkan) (Tindakan : En Abu Samah)

'BERSAMA-SAMALAH MENJAYAKAN PROGRAM SURAU'

MANTAI PUASA 2011

           'MEMBELI SAMBIL BERAMAL'

          MANTAI !!! MANTAI !!! MANTAI !!!

Sukacitanya dimaklumkan Surau AN-NUR, TMN KEMUNING akan mengadakan MANTAI PUASA bertempat di depan Paman Corner.. SABTU bersamaan 30 JULAI 2011... 7.00 pg hingga 5.00 ptg..         
                 Tempahan dibuka
                     sila hubungi

             EN MOHD RAFID B MOHD SHARIFF 013-3678079
                       TN HJ OMAR B SUPARDI 012-3472907
                          EN DAUD B MASTOR 013-3849969

Khamis, 7 Julai 2011

MESYUARAT AJK SURAU AN-NUR TAMAN KEMUNING KALI KE-8 2011


MESYUARAT AJK SURAU AN-NUR TAMAN KEMUNING KALI KE-8 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Dimaklumkan mesyuarat AJK Surau An-Nur Taman Kemuning Kali ke-8 yang akan diadakan pada ketetapan berikut;

                                    Tarikh              : 13 JULAI 2011 (Rabu)
Masa                : 8.45 mlm (Selepas solat Isyak)
Tempat            : SURAU AN-NUR, Tmn Kemuning

03.       Agenda mesyuarat :-
            3.1 Ucapan Pengerusi Surau AN-NUR,
            3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat kali ke-7 2011.
            3.3 Laporan kewangan
3.4 Membincangkan sambutan MALAM NISFU SYAABAN
3.5 Membincangkan program/perancangan menyambut bulan Ramadhan
3.6 Hal-hal Lain

04.       Sehubungan dengan itu  tuan/puan adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan amatlah diperlukan bagi memastikan perancangan dan perlaksanaan program dapat dijayakan. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’

Sabtu, 2 Julai 2011

Inti pati ceramah Israk Mikraj

Ust Hambali hanya merungkai sebahagian kecil peristiwa Israk Mikraj... kupasan yg cukup meyakinkan...

1) Solat yang diperintahkan kepada umat Nabi MUHAMMAD S.A.W adalah satu perkara yg cukup istimewa.. sehinggakan ianya boleh menyelesaikan semua permasalahan yang timbul di zaman Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah hari kiamat...

2) Kekuatan umat Islam bergantung kepada solat berjemaah.. ialah digambarkan melalui pergerakan Nabi Muhammad S.A.W dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...sebelum diMikrajkan ke sidratulmuntaha... dgn solat berjemaah kekuatan umat Islam akan kembali digeruni... umat Islam kini tlh diracuni pemikiran dgn perkara-perkara yg melalaikan.. siapa yg meracuni?... sudah tentu puak-puak yg ingin menjatuhkan Islam.. pelbagai kajian telah dibuat oleh mereka2 ini.. akhirnya, keptusan meracuni pemikiran umat Islam adalah jalan terbaik untuk memastikan permohonan pertolongan dari Allah tidak akan diperkenankan.... 

Majlis sambutan Israk Mikraj

Alhamdulillaah syuran kehadiran jemaah diluar jangkaan... penuh surau An-Nur sampai ada yg terpaksa sembahyang Isyak di luar surau.... kehadiran ini cukup membanggakan.. dan tahniah kepada AJK kerja sambutan Israk Mikraj yag berjaya dari semua segi penganjuran... pemilihan penceramah juga cukup bijak... utk makluman Ust Hambali ini telah ditempah sejak 2 bln yg lalu... kalau lambat melepaslaa... jadual ust Hambali penuh.... tidak percaya??... sila layari blog beliau... http://al-alorstari.blogspot.com/ .... makanan yg disediakan juga mencukupi. Kuih muih adalah sumbangan penduduk... byk juga...
cuma ada komen mengenai ketidakselesaan dan kepanasan kerana pendingin udara yg ada, tidak cukup kuat untuk menyejukkan para hadirin... nampaknya AJK surau kena berusaha lebih sikit untuk mencari dana bagi menambah bilangan pendingin udara.. tp KALAU ADA WARGA KEMUNING YANG INGIN MENYUMBANG... ALLAHAMDULILLAH...
Di sini saya mewakili ajk Surau An-Nur mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU PUN TIDAK....

Khamis, 30 Jun 2011

Terima Kasih Hamba Allah

Terima kasih kpd sorang hamba Allah yg telah menyumbang RM 3 000 dalam akaun Tabung Surau... Alhamdulillah.. syukran... tambah2 lg dah dekat dgn ramdhan nie.. lg laaa baiknyer.. bolehlah digunakan utk program2 yg akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan... harap2 ada lg laaa yg sudi membuat sumbangan.. agar tabung surau sentiasa berisi.. agar mudah perbagi program dpt dilaksanakan....

Rabu, 22 Jun 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ



                                                                                                
Kepada :                                                                                           
Penduduk
Taman Kemuning


Tuan,

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.    Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
                     Tarikh              : 2 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa                : 7.00 malam
Tempat            : SURAU AN-NUR, Tmn Kemuning
Penceramah     : Ust Hambali bin Saad
                         

03.    Aturcara majlis :-
            7.00 malam   -           Ketibaan para jemaah
                                 -           Solat Maghrib berjamaah
                                 -           Ceramah
                                 -           Solat Isyak berjamaah
                                 -           Jamuan
                                 -           Bersurai

04.    Sehubungan dengan itu  tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.


 ‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’


Yang benar,


…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
  Setiausaha,
  Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.

Selasa, 14 Jun 2011

Majlis Bacaan Yassin

Malam Jumaat nie.. Majlis Bacaan Yassin.. jemputlaaa datang... inssyaallah ada jamuan sikit lepas majlis.....

Rabu, 23 Februari 2011

laporn ringks Sambutan Maulidur Rasul...

Alhamdulillah dpt juga sy menulis sedikit laporn ttg smbutan Maulidur Rasul ini... agak sibuk juga  keblkgn ini.... berbalik kpd majlis tersebut yg tlh brjaya dilaksanakan dgn cukup baik... kehadiran jemaah adalah sekitar 180- 200 org... sejarh trcipta... semasa sembahyang Isyak surau penuh sehinggakan ada yg tidak dpt bersembahyang berjemaah bersama.. Majlis bermula sejak pg... sebahagian warga Taman Kemuning telah menghadirkn diri utk bergotong royong membersihkan surau dan mula memasak juadah untuk menu mlm nanti... Kehadiran jemaah untuk bersolat Maghrib amt menggalakkan... slps solat maghrib majlis dimulakan oleh juruacara iaitu En Awang Zamri... dgn menjemput adik Mohammad utk membacakan ayat2 Al-Quran.... Slps itu ucapan drpd pengerusi Surau An-Nur yg mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan drpd semua pihak... slps itu ucapan ringkas YB... dan akhirnya ceramah dimulakan oleh ust Mohd A'lim b Ismail guru daripada SMK Panchor.. menarik juga ceramh yg disampaikan.... byk ilmu yg ingin dikongsi oleh beliau...

Rabu, 16 Februari 2011

surat jemputan

srt jemputan utk sambutan maulidur rasul dah diedarkan.. alhamdulillah...

Isnin, 14 Februari 2011

SAmbutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah.. dah selesai dah pencarian penceramah.... Ust Mohd A'lim bin Ismail.... ustaz dari SMK Panchur.. .moga mendapat sambutan daripada warga kemuning..... pihak surau juga menyediakan 2 khemah utk persiapan kehadiran jemaah... Pihak AJK sangat berharap agar warga taman ini dpt bersama-sama dlm menjayakan majlis ini.seperkara lg.. majlis sambutan ini juga mendapat sokongn daripada Rukun Tetangga Tmn Kemuning...  mereka tlh bersetuju utk bersama membiayai perbelanjaan majlis sambutan ini. timo kasih daun keladi yo pengerusi RT serta ajknya.....

Ahad, 13 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Surau akan mengadakan Majlis sambutan Malidur Rasul... pada 19hb nie iaitu hari sabtu nie... tp skrg nie tgh proses mendapatkan penceramah... setakat smlm... puas dah AJK mencari penceramh.. abih semuo eh dah kono tompah... ishhh ishhh... insyaallah Isnin kluarlaaa surat.... untuk jemput semua warga kemuning... 

Selasa, 8 Februari 2011

Kuliah Agama

Warga Taman Kemuning dijemput menghadiri kuliah maghrib yg akan disampaikan oleh Utz Sharizan malam ini... moh reramai kito memeriahkannyaa...

Kecurian tabung surau..

Berita yg agak menggemparkan... smlm berlaku kecurian duit tabung surau... pada waktu pg.. menurut pengerusi surau, slps subuh pintu tdk dkunci.. untuk kegunaan kelas wanita... sepatutnya slps kelas trsebut, surau dikunci semula.. tp mungkin terlupa agaknya.. tidak pasti pula berapa byk wang yg ada di dalam tbung tersebut... ish ish.. ish...

Jumaat, 28 Januari 2011

Laporan Mesyuarat AJK Surau kali ke-6

1. Atas nasihat Jabatan Agama Islam berkaitan jawatan pemangku pengerusi dan bendahari, majlis bersetuju melantik En Rafid dan En Sojahan menjadi pengerusi dan bendahari tetap.. Ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan kewangan khasnya melibatkan akaun di bank RHB.
2. Tn Hj Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi yang baru.
3. KUrsus Jenazah akan dilaksanakan cadangan tarikh pada 12 Mac 2011. Pengarah program adalah Tn Hj Omar dan dibantu oleh Ustazah Nurul Aisyah.. 
4. SAmbutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 19.2.2011. Penceramah akan diuruskan oleh En Ahmad Kamal.
5. Pembinaan pagar disekeliling surau perlu disegerakan, bagi membasmi perbuatan seperti penggunaan tandas surau oleh bangsa asing selepas bermain bola dan ada pelajar menjadikan srau tempat lepak/ponteng.  
6. Mewujudkan mini perpustakaan. Mohon Sumbangan buku daripada semua pihak yang berminat termasuk warga Tmn Kemuning.

Rabu, 26 Januari 2011

Taman Anjing Liar di Senawang,

Taman Anjing Liar di Senawang, PERCUMA, Jom Ziarah
Posted on Wednesday, January 26 @ 03:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

 Oleh: rozmal

"Banyak betul anjing-anjing liar sekarang ini. Siapa nak tengok anjing-anjing liar dengan anak-anak anjing yang comel-comel bolehlah datang ke Padang Permainan Taman Alamanda, Senawang waktu petang hingga subuh setiap hari. PERCUMA, tanpa sebarang bayaran. Tapi AWAS, anjing-anjing ini anjing liar. Menurut cerita, beberapa penduduk dan kanak-kanak telah dikejar anjing ini, tapi belum ada yang cedera atau meninggal dunia setakat ini.

Pengerusi Taman telah pun membuat aduan secara online sebulan yang lalu, tetapi belum ada tindakan pihak berkuasa dan semakin banyak pula anjing-anjing ini melepak di padang tersebut.

Apa yang merisaukan ibu bapa ialah taman tersebut ialah tempat permainan anak-anak mereka terletak berhampiran dengan KAFA dan surau tempat anak-anak mereka mengaji.

Tak tahulah jabatan mana atau kementerian mana yang patut ambil tindakan. Mungkin Malaysia belum cukup peralatan dan kakitangan untuk menangkap anjing agaknya, yang ada hanya senapang patah.

Entahlah, mungkin semua pihak tunggu ada yang menjadi mangsa anjing-anjing liar ini baru nak ambil tindakan.

Gambar-gambar anjing liar sedang melepak di Taman Alamanda, Senawang dan laporan Pengerusi Taman di waghih.blogspot.com"


Patutlaaa 2,3 menjak nie... setiap mlm bawa ke pagi asyik dgr anjing menyalak je... Perkara ini tidak boleh dibiarkan alamanda dgn Tmn kemuning bukannya jauh puun.. 

Isnin, 24 Januari 2011

Membudayakan Al-Quran

Tahniah kpd imam kita.. En Daud yg tlh memulakan satu lagi program meng'imarahkan surau dgn melaksanakan program membudayakan Al-Quran. Semalam lepas magrib hujan turun agak kasar juga di Senawang nie.. Dh hujan... ape nak buat.. takkan nak duduk borak kosong je... tergeraklah beberapa jemaah mengambil kitab Al-Quran untuk dibaca... dan akhirnya Tn Imam mengajak bersamanya untuk membaca Al-Quran sambil Tn Imam membaca tafsirnya... agak menarik juga... Setidak-tidaknya boleh juga mmperbaiki bacaan dan cuba memahami Al-Quran... moga program ini menjadi satu lg daya tarikkan kpd warga Tmn Kemuning untuk mengimarahkan surau... Tahniah Tn Imam...

Kenangan



Gambar surau semasa pembinaan.. awal 2010

Jumaat, 21 Januari 2011

Pembinaan Menara Tangki Air

Aktiviti surau trkini ialah projek pembinaan Menara Tangki Air.... Menara Tangki Air ini masih dlm pembinaan... En Remly yg mengepalai projek ini.. diharap dengan pembinaan menara ini.. selesailh masalh air laju yg merosakkan pili paip dan masalah ketiadaan air jika bekalan air trputus....

Rabu, 19 Januari 2011

Mesyuarat AJK Surau kali ke-6

Tuan,

MESYUARAT AJK SURAU AN-NUR TAMAN KEMUNING KALI KE-6 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Dukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 8 JANUARI 2011 telah ditunda atas sebab kehadiran yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, mesyuarat baru akan diadakan pada ketetapan berikut :-

                                    Tarikh              : 27 JANUARI 2010 (Khamis)
Masa                : 8.45 mlm (Selepas solat Isyak)
Tempat            : SURAU AN-NUR, Tmn Kemuning

03.       Agenda mesyuarat :-
            3.1 Ucapan Pengerusi Surau AN-NUR,
            3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat kali ke-5 2010.
            3.3 Laporan kewangan
3.4 Memutuskan perkara yang dibincangkan pada 8 Januari 2011.
 3.5 Membincangkan cadangan JAINS berkenaan
      lantikan pengerusi dan bendahari tetap surau.
3.6 Membincangkan sambutan Maulidur Rasul dan Kursus Jenazah
3.7 Hal-hal Lain

04.       Sehubungan dengan itu  tuan/puan adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan amatlah diperlukan bagi memastikan perancangan dan perlaksanaan program dapat dijayakan. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
  Setiausaha,
  Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.

Selasa, 18 Januari 2011

Laporan aktiviti 2010

  1. Kuliah Agama

Kuliah Agama diadakan setiap hari Selasa, selepas solat Magrib 
    1. Minggu 1 dan minggu 3 – Tn Hj Abu Bakar
    2. Minggu 2 dan minggu 4 – Ustaz Shahrizan

  1. Kelas Fardu Ain (Wanita)

Kelas Fardu Ain diadakan setiap hari Ahad minggu pertama dan minggu kedua. Guru yang mengajar kelas ini adalah Ustaz Shahrizan.

  1. Kelas Mengaji Al-Quran

Kelas mengaji Al-Quran diadakan setiap hari Isnin dan hari Jumaat. Kelas telah dikendalikan oleh Ustazah Nurul Aisyah

  1. Bacaan Yassin

Bacaan Yassin diadakan setiap hari hari Khamis malam Jumaat. Bacaan Yassin diketuai oleh imam surau iaitu En. Daud Mastor.


  1. Majlis Sambutan Maal Hijrah

Majlis diadakan pada 5 Julai 2010. Penceramah jemputan adalah Ustaz Nasarudin daripada pegawai Agama MAS.

  1. Program Sepanjang Bulan Ramadhan

    1. Sembahyang Tarawih
    2. Menyediakan bubur lambuk (Setiap hari Isnin dan Jumaat)
    3. Tadarus Al-Quran (Setiap hari) Kumpulan lelaki (Malam) Kumpulan perempuan (Pagi/Petang)
    4. Khatam Al-Quran (Tarikh 25 Ramadhan) 
    5. Berbuka disurau (Setiap Jumaat)   


  1. Majlis Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan SPM

Majlis Bacaan Yassin ini diadakan pada 18 November yangbertujuan untuk memohon Allah mempermudahkan calon-calon SPM warga taman ini menjawab soalan dengan baik dan mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Majlis diketuai oleh imam surau An-Nur iaitu En. Daud b Mastor.


  1. Majlis Qurban. (17 November 2010)

Majlis Qurban ini diadakan sempena Hari Raya AidilAdha. Sebanyak 2 ekor lembu dan seekor kambing telah ditumbangkan. Penduduk Taman Kemuning telah bergotong royong menjayakan majlis ini.

  1. Majlis Bacaan Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Majlis ini dimulai dengan Tahlil dan bacaan Yassin diikuti dengan bacaan doa akhir tahun dan selepas solat magrib diadakan bacaan doa awal tahun.

  1. Program Smart Solat ( 11 Disember 2010)

Program Smart Solat adalah program yang diadakan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan tentang pentingnya solat sebagai umat Islam. Selain daripada memberikan  maklumat dan pengetahuan, peserta juga melakukan praktikal mengambil wuduk dan melaungkan azan. Program ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Sambutan agak menggalakkan dengan 40 orang peserta. Program berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



Gambar surau Mac 2010






Gambar surau yang telah siap dibina pada 21/3/2010...Kenangan... sekarang dah bertambah cantik... nanti gambar akan di upload.. sabar yee

Takwim 2011


Program Sepanjang Tahun.

1. Kuliah Agama

Kuliah Agama diadakan setiap hari Selasa, selepas solat Magrib 
Minggu 1 dan minggu 3 – Tn Hj Abu Bakar
Minggu 2 dan minggu 4 – Ustaz Shahrizan

2. Kelas Fardu Ain (Wanita)

Kelas Fardu Ain diadakan setiap hari Ahad minggu pertama dan minggu kedua. Guru yang mengajar kelas ini adalah Ustaz Shahrizan.

3. Kelas Mengaji Al-Quran

Kelas mengaji Al-Quran diadakan setiap hari Isnin dan hari Jumaat. Kelas telah dikendalikan oleh Ustazah Nurul Aisyah

4.  Bacaan Yassin

Bacaan Yassin diadakan setiap hari hari Khamis malam Jumaat. Bacaan Yassin diketuai oleh imam surau iaitu En. Daud Mastor.

AJK Surau An-Nur

  
          AJK  SURAU AN-NUR 
  TAMAN KEMUNING 2010


PEMANGKU PENGERUSI
En Mohd Rafid b Mohd Shariff
SETIAUSAHA
En. Zolhairi b Abdullah
PENOLONG SETIAUSAHA
En. Azizan b Zakaria
 PEMANGKU BENDAHARI
En Sojahan b Seran
NAIB BENDAHARI
En Jeffrey b Jamil
AHLI JAWATANKUASA

En. Daud b Mastor
En Abu Samah
Pn. Siti bt Ibrahim
Pn. Nurul Aishah bt Jaafar
En Remly b Semik
En Baharudin  b Ujang
Pn. Mariani bt Ali
En Ahmad Kamal b Aminon
En. Masnon b Masikon
En. Mustaza b Sairan
En Omar b Supardi
En. Mohd Noor B Alias
En. Baarudin b Gisun
     
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1         Mohd Rosli b Mohamad                                                     
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
En Awang Zamri b Basanudin
IMAM
En. Daud b Mastor
BILAL
En. Azizan b Zakaria
SIAK
En Baharudin  b Ujang