Kepada :
Penduduk
Taman Kemuning
Tuan,
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 2 JULAI 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam
Tempat : SURAU AN-NUR, Tmn Kemuning
Penceramah : Ust Hambali bin Saad
03. Aturcara majlis :-
7.00 malam - Ketibaan para jemaah
- Solat Maghrib berjamaah
- Ceramah
- Solat Isyak berjamaah
- Jamuan
- Bersurai
04. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’
Yang benar,
…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
Setiausaha,
Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan