Selasa, 7 Februari 2012

Kuliah Maghrib Batal

adalah dimaklumkan kuliah maghrib kat surau hari nie dibatalkan... ini adalah disebabkan ust Shahrizan ada ceramah Maulidurasul di bt kikir... - Pengerusi bru maklumkan... sebagai ganti moh kito poie ke surau al-Qudwah ado majlis maulidurasul ( sebelum JJusco masuk kiri, then ke kanan ado terowong, jumpo bulatn ambik kiri.. ) penceramah Ust Farhan Al Hafiz Tajuk Kristianisasi dan gejala murtad...

Isnin, 30 Januari 2012




Projek penambahan berandar bahagian tepi sebelah kanan

Mohon maaf

Salam, lama benar rasanya tak update... mohon maaf kepada pengunjung sekelian.. password lupo... lain kali tak buek laie yo... sorry

Rabu, 14 September 2011

MAJLIS QURBAN SEMPENA AIDILADHA SURAU AN-NUR, TAMAN KEMUNING.


Perkara di atas adalah dirujuk.
02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau An-Nur akan menganjurkan Majlis Qurban sempena Hari Raya AidilAdha pada 6 November 2011.
 03.      Jawatankuasa Surau dengan berbesar hati ingin menjemput warga Taman Kemuning mengambil bahagian di dalam acara Qurban tersebut. Pihak jawatakuasa surau telah bersetuju menentukan 1 bahagian bersamaan RM 350.00. Kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada ajk surau yang telah dilantik.
Bil
Nama
Alamat
No. Telefon
1
En Mohd Rafid b M Shariff
No.61, Jln Kemuning 2
013-3678079
2
Tn. Hj. Omar b Supardi
No. 94, Jln Kemuning 2
012-3472907
3
En. Abu Samah
No.148, Jln Kemuning 5
017-6738700
4
En. Zolhairi bin Abdullah
No.107 Jln Kemuning 2
013-6836219

04.       Borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta dengan wang tunai perlulah diserahkan kembali kepada ajk surau yang telah dilantik sebelum 31 Oktober 2011.

05.       Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

 ‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’

Isnin, 22 Ogos 2011

Sambutan Khatam AlQuran, Penyerahan sumbangan dan Majlis berbuka puasa













Alhamdulilllah syukran diatas kejayaan melaksanakan program yg telah di rancang dgn jayanya... terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.... terim kasih juga kepada semua yg terlibat dan juga penyumbang-penyumbng yg sudi menderma... terima kasih daun keladi.....

Jumaat, 19 Ogos 2011

KULIAH SUBUH

PAGI NANTI  ada kuliah subuh yg akan disampaikan oleh ust Shahrizat..... jemput semua datang... esok juga dikawasan kita... di surau Alamanda ada ust Norazman (bekas imam Masjid Ampangan).. di surau pinggiran senawang ada Ust KHusairi... di Surau Al-Amin tmn Chempaka 2 ada kuliah subuh daripada Ust Hambali bacaan kitab bhahrul mazi.... pg nanti juga ada Qiamulai diMasjid Taman Tuanku Jaafar mulai kul 4....  mana 1 nak pegi nie ek... semua nyer menarik.....

Selasa, 16 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2011


Perkara di atas adalah dirujuk.

02.    Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
                     Tarikh              : 21 OGOS 2011 (AHAD)
Masa                : Selepas Solat Asar
Tempat            : SURAU AN-NUR, Taman Kemuning                      

03.    Aturcara majlis :-
5.00 ptg           -           Ketibaan para peserta dan jemputan
                     5.15 ptg           -           Majlis bermula
                                             -           Berbuka puasa
                                             -           Solat Maghrib berjamaah
                                             -           Jamuan
                                             -           Solat Isyak & Solat Tarawih berjamaah
                                             -           Bersurai

04.    Sehubungan dengan itu  tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.


 ‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’