..................................'SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMMAH'...................
Isnin, 22 Ogos 2011
Sambutan Khatam AlQuran, Penyerahan sumbangan dan Majlis berbuka puasa
Alhamdulilllah syukran diatas kejayaan melaksanakan program yg telah di rancang dgn jayanya... terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.... terim kasih juga kepada semua yg terlibat dan juga penyumbang-penyumbng yg sudi menderma... terima kasih daun keladi.....
Jumaat, 19 Ogos 2011
KULIAH SUBUH
PAGI NANTI ada kuliah subuh yg akan disampaikan oleh ust Shahrizat..... jemput semua datang... esok juga dikawasan kita... di surau Alamanda ada ust Norazman (bekas imam Masjid Ampangan).. di surau pinggiran senawang ada Ust KHusairi... di Surau Al-Amin tmn Chempaka 2 ada kuliah subuh daripada Ust Hambali bacaan kitab bhahrul mazi.... pg nanti juga ada Qiamulai diMasjid Taman Tuanku Jaafar mulai kul 4.... mana 1 nak pegi nie ek... semua nyer menarik.....
Selasa, 16 Ogos 2011
MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 21 OGOS 2011 (AHAD)
Masa : Selepas Solat Asar
Tempat : SURAU AN-NUR, Taman Kemuning
03. Aturcara majlis :-
5.00 ptg - Ketibaan para peserta dan jemputan
5.15 ptg - Majlis bermula
- Berbuka puasa
- Solat Maghrib berjamaah
- Jamuan
- Solat Isyak & Solat Tarawih berjamaah
- Bersurai
04. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
‘SOLAT BERJEMAAH PENYATUAN UMAT’
Isnin, 1 Ogos 2011
Bubur Lambuk istimewa
Alhamdulillah, Syukran... hari ini kat surau sedang masak bubur lambuk... istimewa katanya... sempena hari pertama Ramadhan... kejap lagi akan diagihkan kepada warga Taman Kemuning... kepada sesiapa yg terbaca post nie bolehlaa ke surau ambil sendiri... bubur lambuk nie terhad, rasanya klau diagihkan pun tidak semua yg akan dapat... Tahniah kepada semua yg berjaya menjalnkan ibadat puasa untuk hri ini... khasny kepada kanak2 yang baru belajar berpuasa......
Ahad, 31 Julai 2011
Kepada : Tarikh : 31 JULAI 2011
Penduduk
Taman Kemuning
Tuan,
PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN DI SURAU AN-NUR.
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Surau AN-Nur, Taman Kemuning telah bermesyuarat pada 13 Julai 2011 yang lepas. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan dan memutuskan beberapa perkara terutamanya yang berkiatan dengan perancangan sempena kedatangan bulan Ramadhan. Antara program tersebut adalah :-
2.1 Solat Terawih sepanjang Ramadhan
2.2 Tadarus Al-Quran (Selepas Solat Tarawih)
2.3 Tahlil selepas solat Tarawih (bergantung pada permintaan)
2.4 Kuliah Subuh setiap Sabtu (selepas sembahyang Subuh – Ustaz Shahrizan)
2.5 Bubur Lambuk (Setiap hari Rabu dan Sabtu) Pengagihan bubur lambuk selepas solat Asar.
Dialu-alukan untuk mengambil sendiri bubur lambuk di surau An-Nur Taman Kemuning.
2.6 Khatam Al-Quran (Tarikh akan dimaklumkan)
2.7 Berbuka disurau dan Moreh selepas Solat Tarawih (Setiap hari) Warga Taman
Kemuning yang berminat untuk memberikan sumbangan juadah berbuka dan moreh amatlah
dialu-alukan.
2.8 Kepada Warga Taman Kemuning yang ingin membayar zakat fitrah bolehlah berurusan dengan
Pengerusi Surau An-Nur, En Mohd Rafid b Mohd Shariff
(No. 61, Jln Kemuning 2, Taman Kemuning. 013-3678079)
03. Oleh yang demikian, Pihak Surau mengalu-alukan tuan/puan untuk memberikan sumbangan bagi menampung segala perbelanjaan bagi menjalankan program-program di atas. Sumbangan bolehlah dihulurkan melalui
3.1 AJK Surau An-Nur
3.2 Tabung Surau, di dalam Surau An-Nur
3.3 ‘Bank in’ ke akaun RHB 25504700003100 Surau Taman Kemuning
04. Sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang bahan mentah untuk membuat bubur lambuk, bolehlah menyerahkan terus kepada AJK Surau yang telah ditetapkan iaitu :
4.1. En Abu Samah (No. 148, Jln Kemuning 4)( 017-6738700)
4.2. Pn Nurul Aishah Jaafar (No. 291, Jln Kemuning 10) (019-3535026)
05. Kehadiran tuan/puan sangat diharapkan agar dapat sama-sama menjayakan semua program-program yang telah dirancang. Sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
Setiausaha,
Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.
BORANG PERMOHONAN TAHLIL ARWAH BULAN RAMADHAN
Nama :..........................…………….
Alamat:.............................................
No. Tel:…………………………….
Kepada:
Ahli Jawatankuasa
Surau An-Nur, Taman Kemuning
DERMA/SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA/MOREH DAN TAHLIL ARWAH RAMADHAN
Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini saya kepilkan *Cek/Wang Tunai sebanyak RM..................(No. Cek:................................), sebagai derma/sumbangan Majlis Berbuka Puasa/Moreh/Tahlil Arwah.
Nama-nama arwah adalah seperti berikut
| | |
| ALLAHYARHAM / ALLAHYARHAMAH 1. ____________________________________________________________ | |
| 2. ____________________________________________________________ | |
| 3. ____________________________________________________________ | |
| 4. ____________________________________________________________ | |
| 5. ____________________________________________________________ | |
Saya izinkan lebihan wang derma saya untuk kegunaan Surau.
Yang Ikhlas,
Tarikh:................................................. T/Tangan Pemohon:............................................................
_________________________________________________________________________
NOTA:
1. * Cek hendaklah di tulis atas nama “SURAU TAMAN KEMUNING”
2. Sila potong mana yang tidak berkenaan.
3. Sila kembalikan borang yang telah diisi berserta derma/sumbangan kepada AJK Surau atau masukkan borang ke dalam
peti besi Surau.
4. Untuk maklumat lanjut sila hubungi layari laman web: http://surauannurtamankemuning.blogspot.com
Rabu, 27 Julai 2011
Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan
Kewajipan Berpuasa
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..“
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..“
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Keutamaan Ramadhan
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
PROGRAM-PROGRAM SURAU AN-NUR SEMPENA BULAN RAMADHAN
Antara program surau yg akan diadakan ialah :-
1. Mantai puasa 2 ekor Lembu (sabtu 30 Julai 2011)
2. Solat Terawih sepanjang Ramadhan (Tindakan : Tn Imam
3. Tahlil selepas solat Tarawih (bergantung pada permintaan)(Tindakan : Tn Imam)
4. Tazkirah sebelum Solat Tarawih (Tindakan : En. Azizan)
5. Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan (Selepas Solat Tarawih)
6. Kuliah Subuh setiap Ahad (Tindakan : Tn Imam)
7. Bubur Lambuk ( Seminggu 2 kali (hari belum ditetapkan) (Tindakan : En Abu Samah)
'BERSAMA-SAMALAH MENJAYAKAN PROGRAM SURAU'

Langgan:
Catatan (Atom)