Jumaat, 28 Januari 2011

Laporan Mesyuarat AJK Surau kali ke-6

1. Atas nasihat Jabatan Agama Islam berkaitan jawatan pemangku pengerusi dan bendahari, majlis bersetuju melantik En Rafid dan En Sojahan menjadi pengerusi dan bendahari tetap.. Ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan kewangan khasnya melibatkan akaun di bank RHB.
2. Tn Hj Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi yang baru.
3. KUrsus Jenazah akan dilaksanakan cadangan tarikh pada 12 Mac 2011. Pengarah program adalah Tn Hj Omar dan dibantu oleh Ustazah Nurul Aisyah.. 
4. SAmbutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 19.2.2011. Penceramah akan diuruskan oleh En Ahmad Kamal.
5. Pembinaan pagar disekeliling surau perlu disegerakan, bagi membasmi perbuatan seperti penggunaan tandas surau oleh bangsa asing selepas bermain bola dan ada pelajar menjadikan srau tempat lepak/ponteng.  
6. Mewujudkan mini perpustakaan. Mohon Sumbangan buku daripada semua pihak yang berminat termasuk warga Tmn Kemuning.

Rabu, 26 Januari 2011

Taman Anjing Liar di Senawang,

Taman Anjing Liar di Senawang, PERCUMA, Jom Ziarah
Posted on Wednesday, January 26 @ 03:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

 Oleh: rozmal

"Banyak betul anjing-anjing liar sekarang ini. Siapa nak tengok anjing-anjing liar dengan anak-anak anjing yang comel-comel bolehlah datang ke Padang Permainan Taman Alamanda, Senawang waktu petang hingga subuh setiap hari. PERCUMA, tanpa sebarang bayaran. Tapi AWAS, anjing-anjing ini anjing liar. Menurut cerita, beberapa penduduk dan kanak-kanak telah dikejar anjing ini, tapi belum ada yang cedera atau meninggal dunia setakat ini.

Pengerusi Taman telah pun membuat aduan secara online sebulan yang lalu, tetapi belum ada tindakan pihak berkuasa dan semakin banyak pula anjing-anjing ini melepak di padang tersebut.

Apa yang merisaukan ibu bapa ialah taman tersebut ialah tempat permainan anak-anak mereka terletak berhampiran dengan KAFA dan surau tempat anak-anak mereka mengaji.

Tak tahulah jabatan mana atau kementerian mana yang patut ambil tindakan. Mungkin Malaysia belum cukup peralatan dan kakitangan untuk menangkap anjing agaknya, yang ada hanya senapang patah.

Entahlah, mungkin semua pihak tunggu ada yang menjadi mangsa anjing-anjing liar ini baru nak ambil tindakan.

Gambar-gambar anjing liar sedang melepak di Taman Alamanda, Senawang dan laporan Pengerusi Taman di waghih.blogspot.com"


Patutlaaa 2,3 menjak nie... setiap mlm bawa ke pagi asyik dgr anjing menyalak je... Perkara ini tidak boleh dibiarkan alamanda dgn Tmn kemuning bukannya jauh puun.. 

Isnin, 24 Januari 2011

Membudayakan Al-Quran

Tahniah kpd imam kita.. En Daud yg tlh memulakan satu lagi program meng'imarahkan surau dgn melaksanakan program membudayakan Al-Quran. Semalam lepas magrib hujan turun agak kasar juga di Senawang nie.. Dh hujan... ape nak buat.. takkan nak duduk borak kosong je... tergeraklah beberapa jemaah mengambil kitab Al-Quran untuk dibaca... dan akhirnya Tn Imam mengajak bersamanya untuk membaca Al-Quran sambil Tn Imam membaca tafsirnya... agak menarik juga... Setidak-tidaknya boleh juga mmperbaiki bacaan dan cuba memahami Al-Quran... moga program ini menjadi satu lg daya tarikkan kpd warga Tmn Kemuning untuk mengimarahkan surau... Tahniah Tn Imam...

Kenangan



Gambar surau semasa pembinaan.. awal 2010

Jumaat, 21 Januari 2011

Pembinaan Menara Tangki Air

Aktiviti surau trkini ialah projek pembinaan Menara Tangki Air.... Menara Tangki Air ini masih dlm pembinaan... En Remly yg mengepalai projek ini.. diharap dengan pembinaan menara ini.. selesailh masalh air laju yg merosakkan pili paip dan masalah ketiadaan air jika bekalan air trputus....

Rabu, 19 Januari 2011

Mesyuarat AJK Surau kali ke-6

Tuan,

MESYUARAT AJK SURAU AN-NUR TAMAN KEMUNING KALI KE-6 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Dukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 8 JANUARI 2011 telah ditunda atas sebab kehadiran yang tidak mencukupi. Oleh yang demikian, mesyuarat baru akan diadakan pada ketetapan berikut :-

                                    Tarikh              : 27 JANUARI 2010 (Khamis)
Masa                : 8.45 mlm (Selepas solat Isyak)
Tempat            : SURAU AN-NUR, Tmn Kemuning

03.       Agenda mesyuarat :-
            3.1 Ucapan Pengerusi Surau AN-NUR,
            3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat kali ke-5 2010.
            3.3 Laporan kewangan
3.4 Memutuskan perkara yang dibincangkan pada 8 Januari 2011.
 3.5 Membincangkan cadangan JAINS berkenaan
      lantikan pengerusi dan bendahari tetap surau.
3.6 Membincangkan sambutan Maulidur Rasul dan Kursus Jenazah
3.7 Hal-hal Lain

04.       Sehubungan dengan itu  tuan/puan adalah dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan amatlah diperlukan bagi memastikan perancangan dan perlaksanaan program dapat dijayakan. Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

…………………………….
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
  Setiausaha,
  Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.

Selasa, 18 Januari 2011

Laporan aktiviti 2010

  1. Kuliah Agama

Kuliah Agama diadakan setiap hari Selasa, selepas solat Magrib 
    1. Minggu 1 dan minggu 3 – Tn Hj Abu Bakar
    2. Minggu 2 dan minggu 4 – Ustaz Shahrizan

  1. Kelas Fardu Ain (Wanita)

Kelas Fardu Ain diadakan setiap hari Ahad minggu pertama dan minggu kedua. Guru yang mengajar kelas ini adalah Ustaz Shahrizan.

  1. Kelas Mengaji Al-Quran

Kelas mengaji Al-Quran diadakan setiap hari Isnin dan hari Jumaat. Kelas telah dikendalikan oleh Ustazah Nurul Aisyah

  1. Bacaan Yassin

Bacaan Yassin diadakan setiap hari hari Khamis malam Jumaat. Bacaan Yassin diketuai oleh imam surau iaitu En. Daud Mastor.


  1. Majlis Sambutan Maal Hijrah

Majlis diadakan pada 5 Julai 2010. Penceramah jemputan adalah Ustaz Nasarudin daripada pegawai Agama MAS.

  1. Program Sepanjang Bulan Ramadhan

    1. Sembahyang Tarawih
    2. Menyediakan bubur lambuk (Setiap hari Isnin dan Jumaat)
    3. Tadarus Al-Quran (Setiap hari) Kumpulan lelaki (Malam) Kumpulan perempuan (Pagi/Petang)
    4. Khatam Al-Quran (Tarikh 25 Ramadhan) 
    5. Berbuka disurau (Setiap Jumaat)   


  1. Majlis Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan SPM

Majlis Bacaan Yassin ini diadakan pada 18 November yangbertujuan untuk memohon Allah mempermudahkan calon-calon SPM warga taman ini menjawab soalan dengan baik dan mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Majlis diketuai oleh imam surau An-Nur iaitu En. Daud b Mastor.


  1. Majlis Qurban. (17 November 2010)

Majlis Qurban ini diadakan sempena Hari Raya AidilAdha. Sebanyak 2 ekor lembu dan seekor kambing telah ditumbangkan. Penduduk Taman Kemuning telah bergotong royong menjayakan majlis ini.

  1. Majlis Bacaan Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Majlis ini dimulai dengan Tahlil dan bacaan Yassin diikuti dengan bacaan doa akhir tahun dan selepas solat magrib diadakan bacaan doa awal tahun.

  1. Program Smart Solat ( 11 Disember 2010)

Program Smart Solat adalah program yang diadakan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan tentang pentingnya solat sebagai umat Islam. Selain daripada memberikan  maklumat dan pengetahuan, peserta juga melakukan praktikal mengambil wuduk dan melaungkan azan. Program ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Sambutan agak menggalakkan dengan 40 orang peserta. Program berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



Gambar surau Mac 2010






Gambar surau yang telah siap dibina pada 21/3/2010...Kenangan... sekarang dah bertambah cantik... nanti gambar akan di upload.. sabar yee

Takwim 2011


Program Sepanjang Tahun.

1. Kuliah Agama

Kuliah Agama diadakan setiap hari Selasa, selepas solat Magrib 
Minggu 1 dan minggu 3 – Tn Hj Abu Bakar
Minggu 2 dan minggu 4 – Ustaz Shahrizan

2. Kelas Fardu Ain (Wanita)

Kelas Fardu Ain diadakan setiap hari Ahad minggu pertama dan minggu kedua. Guru yang mengajar kelas ini adalah Ustaz Shahrizan.

3. Kelas Mengaji Al-Quran

Kelas mengaji Al-Quran diadakan setiap hari Isnin dan hari Jumaat. Kelas telah dikendalikan oleh Ustazah Nurul Aisyah

4.  Bacaan Yassin

Bacaan Yassin diadakan setiap hari hari Khamis malam Jumaat. Bacaan Yassin diketuai oleh imam surau iaitu En. Daud Mastor.

AJK Surau An-Nur

  
          AJK  SURAU AN-NUR 
  TAMAN KEMUNING 2010


PEMANGKU PENGERUSI
En Mohd Rafid b Mohd Shariff
SETIAUSAHA
En. Zolhairi b Abdullah
PENOLONG SETIAUSAHA
En. Azizan b Zakaria
 PEMANGKU BENDAHARI
En Sojahan b Seran
NAIB BENDAHARI
En Jeffrey b Jamil
AHLI JAWATANKUASA

En. Daud b Mastor
En Abu Samah
Pn. Siti bt Ibrahim
Pn. Nurul Aishah bt Jaafar
En Remly b Semik
En Baharudin  b Ujang
Pn. Mariani bt Ali
En Ahmad Kamal b Aminon
En. Masnon b Masikon
En. Mustaza b Sairan
En Omar b Supardi
En. Mohd Noor B Alias
En. Baarudin b Gisun
     
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1         Mohd Rosli b Mohamad                                                     
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
En Awang Zamri b Basanudin
IMAM
En. Daud b Mastor
BILAL
En. Azizan b Zakaria
SIAK
En Baharudin  b Ujang








































































































Pengenalan

Blog ini adalah salah satu altenatif untuk menyalurkan maklmat berkenaan semua aktiviti-aktiviti surau An-Nur bagi makluman semua warga Taman Kemuning